Ahad, 21 Julai 2013

Nora: Bukan Niat Saya Hendak Menunjuk

Selepas teruk dikecam dan dikritik oleh segelintir pengikutnya di laman Instagram, aktres comel, Nora Danish, 31, tampil memberikan kenyataan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah seperti apa yang diperkatakan sebelum ini.
Tindakan Nora yang mempunyai antara bilangan pengikut Instagram paling tinggi di kalangan selebriti tanah air berkongsi gambarnya serta ahli keluarga sedang bersembahyang sunat Terawikh dikatakan seperti sengaja mahu menunjuk malahan dirinya turut dikatakan hipokrit dan tidak ikhlas dalam menjalani ibadah tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu, Nora berkata, “bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat. Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Terawikh, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya.
“Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Bagi penulis, peminat tidak seharusnya berprasangka buruk sebaliknya adalah lebih wajar buat mereka mendoakan agar artis kesayangan mereka diberikan hidayah daripada terus berbalah di laman sosial yang langsung tidak mendatangkan faedah.
Tak gitu?

Kecoh!!! Pesta Berebut Kutip Duit Syiling Bertaburan di Lebuh Raya PLUS

Tanpa menghirau keselamatan dan anggota polis, oarng ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Sumber : KOSMO

Minta Maaf,Saya Tidak Boleh Cakap Apa-Apa - Sakinah

Minta Maaf,Saya Tidak Boleh Cakap Apa-Apa - Sakinah | Selepas terbongkar mengenai perkahwinan kedua pelakon Ashraf Muslim dengan seorang bekas kru televisyen swasta, Wan Sakinah, banyak pihak mula mencemuh tindakan Ashraf yang mengamalkan poligami tanpa mendapat keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman terlebih dahulu.

Ashraf dan Sakinah dilaporkan sudah bernikah di Thailand pada 7 Julai lalu dan semalam pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Amirul itu telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada isteri pertama itu dan pihak mahkamah juga membenarkan Ashraf untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami.

Menerusi Berita Harian hari ini, Sakinah yang dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu perkahwinannya dengan aktor kacak itu.

“Harap faham, saya tak boleh cakap apa-apa pun. Minta maaf,” katanya.

Sebelum ini, Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar dengan mengatakan, Noor Dayana redha sekiranya suaminya mahu berkahwin lain.

Namun lain pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa mentua Ashraf, Lokman Abdul Hamid yang mendedahkan bahawa anaknya, Dayana tidak sesekali redha dan membenarkan dirinya dimadukan.

Ashraf dikatakan berkahwin kali kedua kerana perkahwinan pertamanya dulu tidak dikurniakan zuriat walaupun baru dua tahun saja usia perkahwinannya dengan Dayana.

Sumber: media-siber

Bahaya!!! Ubat Selesema Punca Fafau Terbabas


Pengacara popular, Fara Fauzana aka Fafau mengakui ubat tidur yang dimakannya menyebabkan beliau terlajak tidur sehingga tidak datang bertugas konti pada keesokan harinya.

Menurut Fafau, kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa lalu selepas dirinya memakan ubat selsema yang dibeli di farmasi pada hari Isninya.

“Sejak malam ABPBH12 saya rasa tak sedap badan kerana kepenatan. Pada hari Isnin lalu saya pergi ke farmasi untuk membeli ubat selesema.

“Ketika membeli ubat tersebut, orang di farmasi itu ada bertanya saya berapa jam saya nak tidur? Saya kata, dalam lapan jam. Jadi dia berikan saya pil dan mengingatkan saya supaya tidak makan sebiji tetapi hanya perlu mengambil suku daripada pil itu. Jadi pada pukul 1 petang hari Isnin itu, selepas memakan ubat tersebut saya terus tidur.


“Bila saya terjaga, saya ingatkan hari masih malam rupanya sudah pukul 10 pagi hari Selasa. Sudahnya, saya tak masuk konti dan hari tu juga saya dapat memo dari pihak majikan,” jelasnya

Kata Fafau, pihak pengurusannya memang tegas tidak kira siapa, jika tidak masuk kerja seperti yang ditetapkan mereka akan menerima memo.

Sementara itu, penyampai radio Hot Fm ini turut memberitahu perkara seperti itu tidak akan berulang lagi selepas ini dan dirinya tidak akan mendapat memo buat kali kedua.

sumber

Fasha Bawa Anak Berniaga Bazar Ramadan






Selain solat Tarawikh, kedatangan bulan Ramadan juga sering dikaitkan dengan Bazar Ramadan yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di Malaysia.
Terbaru, pelakon popular Fasha Sandha turut meluangkan masa membantu ibunya berniaga Laksa Utara dan Soto di sebuah bazaar, baru-baru ini.
Apa yang menariknya, Fasha turut membawa sekali anaknya, Putra Rayfal Ramli yang berusia tiga bulan untuk bersama-sama merasai kemeriahan berniaga sempena bulan mulia ini.
Kebanyakan peminat yang pernah merasai hasil air tangan ibu Fasha melahirkan perasaan teruja mereka di atas layanan mesra yang telah diberikan serta memuji masakan ibu kepada aktres tersebut.

Ashraf Muslim: Ada Pihak Ambil Kesempatan Atas Situasi Saya

“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini.
Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu.
Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.
Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.
Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir.
Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29.
Meskipun dikatakan kahwin lari’di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan  pakaian sedondon berwarna coklat.
Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.
Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.
Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.
Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.
Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.
Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. – Sinar Harian

Qi Beli Cincin Untuk Nelydia?


Hubungan cinta di antara Qi Razali dan Nelydia Senrose kini bukan lagi menjadi rahsia di kalangan peminat mereka.
Malah Qi pun sudah membuat pengakuan bahawa Nelydia merupakan kekasihnya di sebuah portal, baru-baru ini.
Menerusi akaun Instagramnya semalam, Qi ada memuat naik sebuah video yang menunjukkannya membeli sebentuk cincin dan dikatakan itu adalah untuk orang tersayangnya.
Siapa lagi orang tersayangnya kalau bukan Nelydia kan?
Mungkinkah Qi akan melamar kekasihnya itu dalam masa terdekat?
Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.