Ahad, 21 Julai 2013

Nora: Bukan Niat Saya Hendak Menunjuk

Selepas teruk dikecam dan dikritik oleh segelintir pengikutnya di laman Instagram, aktres comel, Nora Danish, 31, tampil memberikan kenyataan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah seperti apa yang diperkatakan sebelum ini.
Tindakan Nora yang mempunyai antara bilangan pengikut Instagram paling tinggi di kalangan selebriti tanah air berkongsi gambarnya serta ahli keluarga sedang bersembahyang sunat Terawikh dikatakan seperti sengaja mahu menunjuk malahan dirinya turut dikatakan hipokrit dan tidak ikhlas dalam menjalani ibadah tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu, Nora berkata, “bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat. Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Terawikh, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya.
“Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Bagi penulis, peminat tidak seharusnya berprasangka buruk sebaliknya adalah lebih wajar buat mereka mendoakan agar artis kesayangan mereka diberikan hidayah daripada terus berbalah di laman sosial yang langsung tidak mendatangkan faedah.
Tak gitu?

Kecoh!!! Pesta Berebut Kutip Duit Syiling Bertaburan di Lebuh Raya PLUS

Tanpa menghirau keselamatan dan anggota polis, oarng ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Sumber : KOSMO

Minta Maaf,Saya Tidak Boleh Cakap Apa-Apa - Sakinah

Minta Maaf,Saya Tidak Boleh Cakap Apa-Apa - Sakinah | Selepas terbongkar mengenai perkahwinan kedua pelakon Ashraf Muslim dengan seorang bekas kru televisyen swasta, Wan Sakinah, banyak pihak mula mencemuh tindakan Ashraf yang mengamalkan poligami tanpa mendapat keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman terlebih dahulu.

Ashraf dan Sakinah dilaporkan sudah bernikah di Thailand pada 7 Julai lalu dan semalam pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Amirul itu telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada isteri pertama itu dan pihak mahkamah juga membenarkan Ashraf untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami.

Menerusi Berita Harian hari ini, Sakinah yang dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu perkahwinannya dengan aktor kacak itu.

“Harap faham, saya tak boleh cakap apa-apa pun. Minta maaf,” katanya.

Sebelum ini, Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar dengan mengatakan, Noor Dayana redha sekiranya suaminya mahu berkahwin lain.

Namun lain pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa mentua Ashraf, Lokman Abdul Hamid yang mendedahkan bahawa anaknya, Dayana tidak sesekali redha dan membenarkan dirinya dimadukan.

Ashraf dikatakan berkahwin kali kedua kerana perkahwinan pertamanya dulu tidak dikurniakan zuriat walaupun baru dua tahun saja usia perkahwinannya dengan Dayana.

Sumber: media-siber

Bahaya!!! Ubat Selesema Punca Fafau Terbabas


Pengacara popular, Fara Fauzana aka Fafau mengakui ubat tidur yang dimakannya menyebabkan beliau terlajak tidur sehingga tidak datang bertugas konti pada keesokan harinya.

Menurut Fafau, kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa lalu selepas dirinya memakan ubat selsema yang dibeli di farmasi pada hari Isninya.

“Sejak malam ABPBH12 saya rasa tak sedap badan kerana kepenatan. Pada hari Isnin lalu saya pergi ke farmasi untuk membeli ubat selesema.

“Ketika membeli ubat tersebut, orang di farmasi itu ada bertanya saya berapa jam saya nak tidur? Saya kata, dalam lapan jam. Jadi dia berikan saya pil dan mengingatkan saya supaya tidak makan sebiji tetapi hanya perlu mengambil suku daripada pil itu. Jadi pada pukul 1 petang hari Isnin itu, selepas memakan ubat tersebut saya terus tidur.


“Bila saya terjaga, saya ingatkan hari masih malam rupanya sudah pukul 10 pagi hari Selasa. Sudahnya, saya tak masuk konti dan hari tu juga saya dapat memo dari pihak majikan,” jelasnya

Kata Fafau, pihak pengurusannya memang tegas tidak kira siapa, jika tidak masuk kerja seperti yang ditetapkan mereka akan menerima memo.

Sementara itu, penyampai radio Hot Fm ini turut memberitahu perkara seperti itu tidak akan berulang lagi selepas ini dan dirinya tidak akan mendapat memo buat kali kedua.

sumber

Fasha Bawa Anak Berniaga Bazar Ramadan






Selain solat Tarawikh, kedatangan bulan Ramadan juga sering dikaitkan dengan Bazar Ramadan yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di Malaysia.
Terbaru, pelakon popular Fasha Sandha turut meluangkan masa membantu ibunya berniaga Laksa Utara dan Soto di sebuah bazaar, baru-baru ini.
Apa yang menariknya, Fasha turut membawa sekali anaknya, Putra Rayfal Ramli yang berusia tiga bulan untuk bersama-sama merasai kemeriahan berniaga sempena bulan mulia ini.
Kebanyakan peminat yang pernah merasai hasil air tangan ibu Fasha melahirkan perasaan teruja mereka di atas layanan mesra yang telah diberikan serta memuji masakan ibu kepada aktres tersebut.

Ashraf Muslim: Ada Pihak Ambil Kesempatan Atas Situasi Saya

“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini.
Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu.
Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.
Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.
Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir.
Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29.
Meskipun dikatakan kahwin lari’di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan  pakaian sedondon berwarna coklat.
Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.
Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.
Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.
Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.
Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.
Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. – Sinar Harian

Qi Beli Cincin Untuk Nelydia?


Hubungan cinta di antara Qi Razali dan Nelydia Senrose kini bukan lagi menjadi rahsia di kalangan peminat mereka.
Malah Qi pun sudah membuat pengakuan bahawa Nelydia merupakan kekasihnya di sebuah portal, baru-baru ini.
Menerusi akaun Instagramnya semalam, Qi ada memuat naik sebuah video yang menunjukkannya membeli sebentuk cincin dan dikatakan itu adalah untuk orang tersayangnya.
Siapa lagi orang tersayangnya kalau bukan Nelydia kan?
Mungkinkah Qi akan melamar kekasihnya itu dalam masa terdekat?
Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

NGERI! PEGAWAI POLIS PUTUS KAKI DIREMPUH KERETA


Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di Kuala Besut hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.
Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.
Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.
Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.
“Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh,” katanya.
Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.

Mencerita saat beliau menghampiri mangsa, Zainalabidin berkata beliau terdengar mangsa merintih “Apa dosa saya? Kenapa dia langgar saya?”.
Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.
Keadaannya kini dilaporkan stabil.
Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.
Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

Radhi OAG Dan Shahira Bakal Bernikah Tahun Depan

Radhi OAG Dan Shahira Bakal Bernikah Tahun Depan | Nur Shahira Ayu Zahiri, merupakan kekasih kepada penyanyi Radhi (OAG) mengesahkan mereka bakal bernikah pada tahun hadapan.

Nur Shahira Ayu yang lebih mesra disapa Ayu, 19, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana merasakan hubungan cinta yang mereka semai sejak empat tahun lalu sudah masuk pada fasa yang matang.

“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran TV9 di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Selasa lalu.

Kata Ayu, keluarga kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain dan tidak membantah keputusan itu.

Malah ujar Ayu, dia juga berasa bertuah kerana Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Tambahnya lagi, walaupun bukan mudah berkawan dengan individu seperti Radhi tetapi dia bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk menempuh cabaran berkasih dengan insan yang terlibat dengan dadah.

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” ujar Ayu.

Menurut gadis cantik manis itu, dia juga tidak malu apabila dihina kerana mencintai bekas penagih dadah kerana cintanya kepada duda tersebut disemai dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Mengimbas semula detik pertemuannya Ayu berkata, mereka bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belah The Curve, Damansara dekat sini ketika dia berusia 15 tahun.

Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.

Ayu yang merupakan seorang model sambilan berkata, disebabkan berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan Radhi, dia telah membuat keputusan menukar imej dengan memakai tudung sejak bulan Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah... sedikit demi sedikit saya berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia lapan tahun

Ngeri! Pegawai Polis Putus Kaki Dirempuh Kereta





Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di Kuala Besut hari ini. 


Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.
Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.
Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.
Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.
Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.
“Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh,” katanya.
Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.
Mencerita saat beliau menghampiri mangsa, Zainalabidin berkata beliau terdengar mangsa merintih “Apa dosa saya? Kenapa dia langgar saya?”.
Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.
Keadaannya kini dilaporkan stabil.
Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.
Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

Sabtu, 20 Julai 2013

Gambar Anak AC Mizal Dan Shafnie Bersama Datuk Mereka

Gambar Anak AC Mizal Dan Shafnie Bersama Datuk Mereka | Baru-baru ini Ac Mizal menerusi sebuah akhbar meluahkan rasa rindunya kepada anak bekas isteripertamanya dulu iaitu Shafnie Zainuddin.
1


Dalam diam tak diam dua orang anak lelaki Shafnie sudah meningkat remaja dan wajah mereka, terutama Muhammad Shafiq Iman,17, saling tidak tumpah seperti wajah bapa.

2

Sudah berbelas tahun ibu bapa Shafiq dan Shabil berpisah dan sudah tiga tahun mereka tidak bertemu bapa mereka, anak-anak Shafnie bagaimana pun tetap rapat dengan ibu bapa kepada AC Mizal, iaitu datuk dan nenek mereka, malah Syafnie dan anak-anak juga agak rapat dan tetap keluar bersama keluarga sebelah bapa.

3

Mungkin inilah yang dikatakan ‘air dicincang tidakkan putus’. Ikatan kekeluargaan dengan datuk dan nenek tetap utuh walaupun ikatan cinta yang pernah menyatukan kedua ibu bapa mereka telah terlerai.

Tahniah diucapkan kepada Shafiq Iman dan Shabil Iman, 14. Dan tahniah juga kepada Shafnie yang telah mendidik mereka dengan baik selama bertahun-tahun biarpun tanpa hadirnya insan bergelar bapa buat anaknya.

4

Bonus Raya : Pemberian Bonus Raya Aidilfitri 2013 Untuk Kakitangan Awam Dalam Kajian Kerajaan

Bonus Raya : Pemberian Bonus Raya Aidilfitri 2013 Untuk Kakitangan Awam Dalam Kajian Kerajaan | PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.

“Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi,” katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kemungkinan ada berita baik buat 1.4 juta penjawat awam berikutan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam yang masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Sebelum ini, Presidennya Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri kerana ia dapat mengurangkan beban penjawat awam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitriadalah tinggi berbanding hari biasa.

Kenyataan Cuepacs itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus. – BERNAMA

Kisah Benar. Luahan Pengalaman Seorang Suami


 Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.

Wanita Terselamat, Kepala Tembus Cermin Van

Seorang wanita terselamat daripada maut apabila kepalanya menembusi cermin kereta selepas mengalami kemalangan yang serius.
Memetik laporan The Sun, akibat ditembusi cermin kereta, muka wanita itu mengalami pendarahan yang amat serius.
Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu apabila van yang dinaiki wanita itu melanggar belakang sebuah lori di Guizhou dalam Wilayah Guangxi, China.
Wanita tersebut yang tidak memakai tali pinggang keledar telah tercampak ke hadapan lalu kepalanya menghentam dan menembusi cermin van yang dinaikinya.
Pasukan penyelamat terpaksa menyelamatkan pemandu van tersebut yang tidak sedarkan diri.
Selepas menyelamatkan pemandu, pasukan penyelamat membesarkan lubang disekeliling tengkuk wanita itu untuk menariknya keluar.
Menurut doktor, wanita dan pemandu van tersebut berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: The Sun

Dayungan Janda Muda

Linda, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat di Kota Tinggi. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Linda tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya?

Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Linda bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kini sudah masuk tahun ke-3 Linda tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Linda tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Linda amat kehausan sekali.Perasaan Linda semakin resah. Sabar Linda menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! syukurlah!!!" kata Linda di dalam hatinya.Linda terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut Mawi melemparkan senyuman manis kepada Linda. Linda pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Linda.

Inilah saat pertama kalinya Linda memegang tangan lelaki semenjak arwah suaminya meninggal dunia. Peluh Linda keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut."Adik duduklah di sini",kata lelaki itu. Linda pun duduk perlahan-lahan Dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Linda terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin Dan sejuk akibat air telah mula ,membasahi punggungnya yang gebu itu.

Menyedari Ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata "Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir in, tapi apapun adik telah Selamat!". Jawab Linda "Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir in nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja.,jadi dapatlah saya menunggu di sini".

Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat Pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan..

Tasha Shilla – Isu Simbol Salib Tidak Patut Timbul


Sempena majlis tema pakaian ‘fairy tale’ yang berlangsung pada minggu lepas, beberapa selebriti tempatan antaranya ialah Anzalna Nasir, Erra Fazira dan juga Tasha Shilla telah menyertainya untuk menggayakan baju ciptaan pereka fesyen mereka.
Tetapi baju yang digayakan oleh Tasha Shilla iaitu pereka fesyennya ialah Hazwani Osman telah menimbulkan isu yang tidak diingini. Isu tersebut dikaitkan simbol salib yang terdapat pada baju yang digayakan oleh Tasha Shilla. Ramai peminat yang menganggap pereka fesyen tersebut tidak menitikberatkan tentang perkara ini.
Tasha Shilla yang dihubungi menjelaskan bahawa beliau tidak perasan dan mengatakan tiada apa-apa simbol pada baju yang digayakan oleh beliau.
Tasha juga berkata bahawa beliau tidak terlepas pandang dan beliau hanya memperagakan baju tersebut. Tasha yang agak terkejut dengan perkara ini mengatakan bahawa isu ini tidak perlu timbul dan menyerahkan semua kepada pereka fesyennya untuk menjelaskan tentang perkara ini.
Hazwani Osman yang dihubungi menegaskan bahawa ia bukanlah simbol salib dan tidak terfikir langsung untuk membuat baju seperti itu.
Tali ikatan ‘hood’ yang menegak kebawah dan gaun yang dipakai Tasha Shilla mempunyai garis melintang dan secara kebetulan, ia menghasilkan simbol ‘t’ dan bukannya simbol salib seperti yang didakwa, jelas Hazwani lagi.
Oleh : MyArtis.My