Ahad, 21 Julai 2013

Nora: Bukan Niat Saya Hendak Menunjuk

Selepas teruk dikecam dan dikritik oleh segelintir pengikutnya di laman Instagram, aktres comel, Nora Danish, 31, tampil memberikan kenyataan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah seperti apa yang diperkatakan sebelum ini.
Tindakan Nora yang mempunyai antara bilangan pengikut Instagram paling tinggi di kalangan selebriti tanah air berkongsi gambarnya serta ahli keluarga sedang bersembahyang sunat Terawikh dikatakan seperti sengaja mahu menunjuk malahan dirinya turut dikatakan hipokrit dan tidak ikhlas dalam menjalani ibadah tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu, Nora berkata, “bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat. Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Terawikh, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya.
“Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Bagi penulis, peminat tidak seharusnya berprasangka buruk sebaliknya adalah lebih wajar buat mereka mendoakan agar artis kesayangan mereka diberikan hidayah daripada terus berbalah di laman sosial yang langsung tidak mendatangkan faedah.
Tak gitu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan